16 October 2012

Barakallah ;)

Assalamualaikum :)





korang semua mesti tengah sebok godek godek fesbuk che ah kann.

terkejut lettew (^.^)


To cheah :

 Barakallah 'alaik...Semoga majlis diberkati Allah dan berjalan lancar. Mohon maaf andai diri secara fizikal tidak dapat hadir ke majlis, kiriman doa mengiringi majlis kamu! Insyaallah,, akan cuba hadir jika tiada aral.. Moga sentiasa dalam redha Allah dan rahmatNya...(^_^)


Semoga bahagia dengan pasangan
semoga menjadi isteri yang solehah
semoga hubungan berkekalan till jannah
semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah


ikhlas :
~izyan~

10 October 2012

Kelucahan Di hari lahir

Assalamualaikum :)

Dalam tak sedar, agak berbulan jugak aku tak update walaupun satu ayat di blog ini. Terasa macam lupa daratan lah pulak ;) 


disebabkan satu kejadian besar belaku dekat aku akhir akhir ni, ade jugak point nak update blog. ye dak?? 

tanggal 8 haribulan 10 yang tertanggal lalu adalah hari lahir aku. Macam biasa. penyakit yang aku kene sejak bulan yang lalu. sering terlupa pekare pekare yang remeh mahupun temeh sememeh.

Bangun saja pagi.. bukan saja miscall.. apatah lagi mesej. oh.. hari lahir aku rupenye?? asal boleh lupa?? hikhikhik. terus senyum sampai telinga. loncat loncat macam pacat.. hewhew ;)

Terharu sangat.. ramai yang ingat birthday aku. Nak aku list nama sorang sorang kat sini. macam tak cukup page je *insert poyos action here*

baiklah. nak dijadikan cerita, sehari before birthday aku yang lepas, aku telah menjejakkan kaki ke Pusat Jalur Lebar setelah hampir bertahun lamanya tidak menjejakkan kaki ke situ. Dengan ringan tangan nya, aku pon log on la fesbuk yang memang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ni. Disebabkan kegilaan yang mendalam tu, aku terlupa nak log out fesbuk lantas telah mengundang beberapa jenayah siber kale ini! cis!

entah siapa lah yang rajin bukak fesbuk aku and like beberapa page yang pada dasarnya,, aku tak minat pon page tu. hehe. Yang buat aku tertarik menarik an dabomb tu.. Ade ke patut die like nye page gambar gambar lucah. padanlah ade antara kawan kawan aku wish suruh aku kahwin awal! haha.. x memadai. sedikit sebanyak buat aku gelak sorang sorang je.

Hamba allah ni jugak dengan baik hatinye pergi hantar private msg kepada beberapa orang kawan lelaki aku. Ayat die simple. I LOVE YOU. haha.. memang sampai bile bile aku ingat.. ;)

Akibat dari kelalaian dan kecuaian aku tu, aku dah pun selamat menukar pasword dan email sebagai langkah berjaga jaga. haha.. ;) nak marah pun tak tahu nak marah kat sape ye dak? hurm. semoga anda berada di kalangan org yang mahu bertaubat. jgn buat begitu lagi.. peace :)

P/S : adik bongsu aku bg hadiah. *insert shock action here* shock akak x habis lagi,, tetibe akak shock lagi!! *double shock* bukak bukak je pembalut hadiah yang diperbuat daripada kertas plastik gula gula.. tiba tiba saja *triple shock here*


taraaaa!!!



sweet tak adik aku?? kau ade??
 

29 March 2012

Lempang grrrrrrr

Assalamualaikum

"hidup ni, kalau asyik Happy je,
Takde bendelah yang boleh dikenang bile dah tues nanti"

"kadang kadang, Kenangan pahit itulah
yang boleh buat kita senyum bile dah tua tua nanti''

ye dak??

jawapan aku ye,, sebab,, sekarang umur aku doplohan
dan, aku akan tersenyum sumbing, geli hati bile teringat zaman zaman tak matang dulu
waima kenangan pahit sekalipun.

Aku ade satu kisah yang sangat teragis nak dikongsi
kisah tragis ni, bukan jadi mimpi ngeri bagi aku,, tapi,, jadi igauan la pulakss ;)
aku tak tahulah  ade lagi ke tak kawan kawan aku yang dulu
ingat kisah ni khenn,


Kisah nya bermula begini

Jeng jeng jeng
*Buat aksi kanak kanak tabika nak mulekan cerite bajek seram*


lokasinya di sekolah agama rakyat
macam biasa, namanya saja sekolah agama,
tetapi pelajar pelajarnya bukan lah tediri
daripada pelajar pelajar yang sopan sangtun
maklomlah,, waktu tu aku baru darjah 5 ;)
Tak punya perasaan malu lagi..
=.='




Seingat aku, waktu tu  time  rehat
dan aku bersama geng geng dulu jenis rehat suke lepak dalam kelas
and adelah sekumpulan budak laki laki ni
lepak jugak dalam kelas
main lari lari dalam kelas, waktu kecik kecik dulu
acara main kejar kejar dah jadi acara wajib dah bagi kaum lelaki.
tapi yg aku fanasss nye
nak main kejar kejar
mainlah kat luar kelas ye dak?
ni tak.. dalam kelas jugak yang diorang sukeee
bajet meje tu boleh tukar jadi tugu petahanan la kooot


Nak dijadikan cerita, seorang budak dari kalangan budak lelaki ni
tue setahun dari aku, kalau waktu tu die darjah enam la kann
main lari lari dan terlanggar la meja aku
gedebammmmm, habis semua barang barang yang dekat meja jatuh kebumi. *eceh*


Aku punye la hanginnn,, sebab sebelum tu,, aku dah warning awal awal dah
jangan main lari lari
sambil buat muka ibu yang garang
tapi sikit pon depa tak layan.
mane la aku tak hangin kann.. aku pon dengan spontan bangun dari tempat duduk
dan bediri betul betul la dekat budak tu
budak tu pulak buat muke innocent je,, lagi lah aku marah
dengan spontan,, tangan aku ringan ibarat kapas
PANNNNNNGGGGGG!
mbek nakk
setepek kat pipi die.









Biaselah, macam org lain jugak, bile dah buat salah baru nyesal kan
macam tu la jugak aku, bile tengok budak tu menunduk je
barulah terase yang diri ini terlalu zalimm ;(


waktu tu, ramai jugak kawan kawan aku jadi penonton
macam dah duduk dekat arena of star genting dah gayenye
aku pulak boleh la jadi retisss kejap khennn
tibe tibe
budak tu nangis,, 
aku dah start cuak beb.
tapi aku buat buat cool,, selang beberape minit
ustaz datang. aku lagi la betambah cuak
dalam hati takut je kalo kalo ade orang yang bagitahu ustaz
mahunye kene pukul aku dengan rotan gajah.
nasib baiklah hari tu berlalu macam biasa
macam tarak apa apa yang belaku


lepas pade peristiwa tu
seminggu jugak budak tu tak datang sekolah
malu agaknya,, niat dihati nak jugak mintak maaf
tapi takut lah pulak,, takut aku kene lempang balik kannn
haha
tapi serius, aku memang nak mintak maaf dekat budak tu
tapi lepas peristiwe tu, budak tu jarang datng sekolah
bile die datang, aku pulak tak datang
=.=


10 tahun berlalu.
seingat aku, aku tak mintak maaf lagi kat die
sehinggalah beberapa hari yang lalu
Budak ni tadi jadi pelanggan aku





Terkejut kucing mak jahhhh!
muke ni rase nak cabut je letak kat dalam hbag.
ahaha,, 


eh,, ni ke budak yang aku pannngggg dulu?
eh, dah besau dahhhhh




Aku ingat, aku je yang malu malu kucing
die pon aku tengok lebih kurang same jek
ternampak aku je, tundukkk muke
mase tu, die datang dengan ayah die, ayah die lah yang banyak cakap
die just senyap dan terus senyap
mungkin die malu sesangat,, yela,, kene tampar depan ramai kengkawan kann
tapi,, kalau lah ade sikit je keberanian dalam diri ni
nak je aku g terus cakap kat die


"bro, waktu kita kecik kecik dulu,
wa penah tertampar pipi u bro, kalo u ingat kisah tu,
angaplah wa dah mohon ampun... kalau u dah tak ingat,, takpe bro..
kite anggap je,, tamparan wa dulu sekadar cubit cubit manje gitu"
hehehehe


eceh,, wa kesal tahu,, wa rase besalah sesangat
kalaulah wa tahu 
bile dah besar lu hemseng canggini
wa tak tampar lu bro.. wa main cubit cubit jep..
hahaha



26 March 2012

Jodoh kite

Assalamualaikum




 


Ada yang kata
Bahagia itu pada harta yang dihiasi permata
 Ada yang kata
Bahagia itu pada rupa yang disulam rupawan
Ada yang kata
Bahagia itu terletak sejauh mana kemahsyuran
Dan ada juga yang kata
Bahagia itu terletak pada kuasa yang dijanjikan


Jika bahagia itu terletak pada harta, rupa, pangkat dan kuasa,
Mengapa Charles dan Diana berpisah?
Mengapa Elvis dan Priscilla berpecah?
Mengapa Onasis dan Jackie bertelagah?


Kerana..
Bahagia itu sebenarnya datang dari diri

Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara di laut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota di singgahsana rasa


Jodoh itu rahsia Allah,
Sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,
selama mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar
sejujur mana kita terima dia,
Jika Allah kata itu bukan jodoh kita
kita tetap tidak akan bersama dengannya.


25 March 2012

catur kehidupan

Assalamualaikum

Malam yang panjang, sunyi tanpa kata, 
hidup tanpa biasan, jiwa teguh pedoman.

Dilemma menjadi seorang yang bernama manusia. Hidup ibarat catur, tersilap langkah, tergadai raja. Aku juga seorang manusia yang perlu memilih jalan sendiri. Jalan mana yang nak dilalui. Aku bukan lah dilahirkan sebagai seorang yang genius. sedih bukan? Aku selalu cakap macam tu. Tapi hakikatnya, sifat malas tu dah dibaja dalam jiwa. Macammana nak dapat result yang gempak? kalau diri sendiri tak cuba lakukan yg terbaik. Kelalaian tu sampailah masuk form 5. Orang lain dah terbang jauh. Aku masih lagi tercari cari sayap. Orang lain dah ke bulan, aku baru nak cari minyak. cepat give up jugak punca terbesar kekalahan dalam spm.

Bila orang dapat result yang gud gud, aku mulelah nak rendah diri dengan result yang low low. Macam ade gap pulak dgn kawan kawan yang lain. Padahal diorang yang lain layan kite same je macam sebelum ni. Tapi disebabkan result yang low ni lah buat kite rase,, "eh, die bukan nak kawan dengan aku yang bodo kelaut nih". see! negative thinking pulaks!! lepas tu, orang lain dapat masuk u best best, course besh besh.. yang aku ni pulak?? dapat masuk pon dengan course yang aku sniri pon x apply! camaner?? Kat sini dah timbul satu dilemma. yup! disini lah ketua dilemma. Pertama kali aku berhadapan dengan dilemma. Tak pergi, rasa rugi, bile pergi nanti,, ape yang aku dapat?

Akhirnya dapat azam baru, cuba sekali lagi keupayaan untuk stpm :) Alhamdulillah. Mungkin disebabkan pengaruh kawan kawan jugak aku jadi lebih exited nak cuba merubah pelengkap diri. Mungkin jugak daripada kesilapan waktu spm dulu buat aku lebih kuat. Alhamdulillah, result tidak mengecewakan, cuma tak sampai target yang aku nak. sape yang tak terget dapat 5p kan?? aku dapat stakat 4p je. sedih memang sedih, tapi kawan aku cakap, "kebahagian hidup akan datang, bukan bergantung jumlah p yang aku dapat". Yes! tak a note okeyh!! aku bersemangat balik.. Mungkin ade silap teknikal ke ape tah, aku pon tak tahu, aku sekali lagi ditawarkan di u, tapi nun jauh membelah awan. eceh! cakap macam pegi oberseaaahh.. cuma sabah je, tapi mungkin tak kena pada jiwa. Aku tak terniat langsung nak mencuba minat bidang yang aku dapat tu. sekali lagi aku berada di dalam dilemma. Tu belum masuk campur pengaruh luar lagi. belum masuk campur makcik makcik yang suka gosip lagi. tu belum masuk lagi makck makcik yang suke buat fitnah lagi. eh.. tu pun dah buat kepala aku sesak! sekali lagi aku kena pilih, mana satu jalan yang aku nak pegi? 

Akhirnya, surat tawaran entah ke mana, jiwa aku entah kemana.. jawapanya tidak. aku dah buat keputusan aku sendiri. Jalan yang aku pilih. Tiba tiba, datang rumit dilemma sekali lagi. Maklomlah, hidup bermasyrakat ni, kalau takade story, tak hot pulaks! Ade jugak makcik pakcik yang cop aku penipu. Ade ke patut depa nak tengok sijil dengan surat tawaran UMS. gile ape makcik nih. macam tulah jadinya, kalau hidup tak jaga tepi kain orang, tak tenang. Dilemma lagi! dilemma sama ada aku kene rebus surat tawaran and sijil stpm and bagi papa and mama kepoh telan atau aku lempang je sekor sekor?? Hahah,, gelak besar aku teringat waktu tu.. Sampai macam tu jenis orang pon ada ka?? 

Mama papa kepoh tu aku biarkan je die dengan gosip gosip die, orang macam tu, kalau kite tunjuk kebenaran, cara lain pulak die putar belit, maklomlah, dalam dunia ni,, keluarga die je yang perfect! hahax :)

Sekarang umur aku dah menjangkau 2* ;) malu pulak rase nak tepek umur kat sini. Alhamdulillah, walaupun aku masih menunggu tawaran kerja, sekurang kurangnya, aku dah ade bisness sendiri.. walaupun aku tak kejar ape yang orang lain kejar, aku dah punya harta sendiri kann. Sebenarnya macam tu lah kitaran hidup. Jalan yang aku pilih adalah apa yang ada pada aku sekarang.. Hidup bila tak menyusahkan orang, hati senang. Tak payah la sampai nak belek sijil orang demi nak puaskan hati. Al-quran terapi hati. lebih baik mengaji daripada mengeji.


28 January 2012

aku rindu sayang kamu

Assalamualaikum

Semalam,
Dapat berita dari nurul syahida
tiba tiba rasa sayu
kenapa semua ni jadi dekat ko ye?
ko kawan yang baik
ko kawan yang ceria
ko comel
tapi semua tu dugaan
ujian
nak tak nak,, kene terima.





Aku hilang kata kata
kelu lidah
Aku cuma dapat nasihat
"Sabar syahid, itu tanda Allah sayang kawan saya ni kan"
"Sabar syahid, Ini ujian supaya Awak lebih dekat dengan Maha esa"
Hanya nasihat dan doa yang dapat aku beri






ko cakap ko sakit
ko tak boleh makan itu
ko tak boleh buat ini
Hanya nasihat saja yang aku boleh berikan?
ya.. tapi aku nak ko tahu
Setiap nasihat,, setiap post ko yang masuk dekat newsfd aku,,
setiap kali itu lah aku doakan ko cepat sembuh
jadi jangan ingat tiada siapa yang
menyokong ko

Aku bukan pujangga yang pandai bermadah
tapi entry ni memang khas ditujukan pada ko
supaya ko lebih berjuang untuk menjalani ujian itu.


Syahid, i luv u
sayang ko sangat
aku tak sabar nak jumpa kau tahu!


kepada semua readers
Doakan kesembuhan kepada kawan saya
Nurul Syahida binti abdul halim
Doakan kesihatan yang lebih baik
Dan
Paling penting
Doakan Dia supaya lebih kuat menerima ujian Allah s.w.t


Wassalam.

27 January 2012

geLak Puas puAs!!

Assalamualaikum.

anway,, kali ni segmeng gelak puas puas
kah kah kah
baru tadi aku bukak balik entry lepas
asal video aku takde??
hilang?? missing!!
=.="
kecewe amat tahhu!

i am soooryyy..
emak masak kari
adik goyang kaki
abang cari bini
bini abang cantik 
macam bulu itik
itik boleh terebang
macam kapal terbang!

*cara nak hilang masalah*

haha!

14 January 2012

masalah.

Assalamualaikum

Dah tersurat. Siapa pun diri anda pasti akan ada masalah. Mustahil lah kalau hidup tanpa masalah. Jadi doktor belajar kat ireland pun boleh jadi gay. Inikan pulak kalau jadi budak genius dapat 17A kan. Itu belum bukak cerita kalau jadi retis pulak. Gaduh dengan kembar suami mesti la dekat laman sosial. kalau tak, orang tak tahu pulak kan kita gaduh gaduh manja gitu. aish..  Jadi wanita tua pun ada masalah jugak.. tengah syiok syiok kutip derian tak pasal pasal kene rogol. Ibaratnya, takde orang dalam dunia ni tiada masalah. Yang bezanya ialah,, masalah tu besar atau kecil. Cakap pasal masalah ni. Korang Mengeja masalah dengan ejaan masalah atau masaalah?? aku tengok buku adik aku semalam. Dia lebih senang dengan ejaan masaalah. Setahu aku ejaannya adalah masalah kan? Ni pun masalah jugak nih! sape kate jadi budak budak takde masalah??

So.. untuk rehatkan minda dan tinggalkan dahulu sementara masalah tu.. Inilah kerje diorang.





 Ni adik aku,, tah bile die ni ade bakat pon aku tak sedar.
*ade bakat ke??*
*mate kat atas tangan kat bahu*




ni pulak adik sepupu aku
panggil Daha saje


well,, aku rase,, masalah aku pu selesai bile tengok diorang ni buat bajet retisss melampau. haha! Sekian saje, bile korang ade masalah,, jangan risau.. cari something yang boleh korang gelak and rehatkan minda dulu. so,, kepada yang nak beli lesung batu dengan harga ribu riban tu, sila sedar. Anda sebenarnya sedang menghadapi masalah. =)

09 January 2012

debaran pertama

Assalamualaikum.

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama sikucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama adikku seorang


Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan





Minggu ini telah pun masuk minggu kedua sesi persekolahan untuk tahun 2012.
Debaran kali ini bukan berpihak kepada aku
tetapi adik bongsu aku yang kini beusia 7 tahun
maka, hari ini adalah hari ke 4 persekolahannya.


Nampak seronok sangat gayanya
Baju baru, Kasut baru
Beg baru, Sekolah baru
Kawan baru, Suasana Baru

Pendek kata, Semuanya Baru
Itu pendek yang kata
Panjang pulak kata
"duit duit.. dimana kau duit"
*sambil menyanyi girang di situ*






Teringat zaman kecik kecik dulu,
Kalau hari first sekolah
gembira bukan kepalang.

Beg yang dibeli haruslah gambar kartun yang tengah pemes.
Zaman aku dulu,, Budak budak perempuan tak lari dari kartun sailormoon.
Kalau budak laki laki,, zaman aku tu zaman Power Rangers rasenye.
Jangan tak tahu.. Waktu aku masuk Darjah satu dulu,, akulah
satu satunya kanak kanak perempuan yang pakai beg Power Rangers kaler Biru.
Sebab ape Beg Power Rangers??
Sebab Mak aku yang suruh =.="

kasut pulak putih bersih
sebersih kain putih,, kitalah yang mencorakkannya. haha
Semua orang tahu,,
Waktu pergi je putih
waktu balik
dah tak rupe ape dah.T.T






belajar rajin rajin
Besar nanti boleh jadi angkasawan =)
katanye nak jadi angkakawan.
puas aku mencari maksud Angkakawan.
rupe rupenya
Angkasawan.

01 January 2012

hi hi 2012 bye bye 2011

Assalamualaikum

hi hi hi hi ooooooooo hi bye bye
kini kau kata hai hai ku katakan bye bye

Selamat menyambut tahun 2012
semoga tahun ni lebih bermakana daripada tahun sudah
siapa siapa yang tanam azam tu
semoga berjaya capai azam itu
siapa siapa yang azam tahun lepas tak tertunai lagi tu
sila refresh azam tu balik!
dan yang paling penting,, siapa siapa yang bernama azam tu
sila Happy.. sebab malam ni nama anda banyak terlekat di pesbuk mahupun twiter apatah lagi belog.


bye.

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara