10 April 2011

saya bersyukur menjadi seorang wanita =.=

Assalamualaikum..


(1) Syurga di bawah telapak kaki Ibu

(2) Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.


(3)Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh. 


(4)Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya. 


(5)Barang siapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluargannya, maka pahalanya seperti orang yang bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak permpuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s. 


(6)Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) didalam Syurga. 



(7)Daripada Aisyah r.a Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka maka meraka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka 

(8)Apabila dipanggil oleh kedua-dua orang tua serentak, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 


(9)Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu dari suaminya selama 10 000 tahun. 



(10)Apabila seorang perempuan itu sakit semasa bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


saya bersyukur menjadi wanita..=.=

No comments:

Post a Comment

jangan baca saja,
tinggalla komen sebijik dua.
=.="

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara