15 April 2011

macamane nak jadi baik?

Assalamualaikum..


dah pukul doblas malam.. mate tak boleh lelap.. Nak buat ape?? ok,, sementare tengah ade mase ni, jangan biarkan ia terbuang tanpa pengisian yang berfaedah.. hehe,, aku ambik mase ni nak blogwalking laju laju.. *bajek taip laju* heheh.. ape?? berfaedah ke?? eh! sape cakap belog tak faedah?? meh aku sepak! hahah,, bagi aku faedah wei,, daripada kite search mende yang menagrut,, baik berbelog.. betul tak?? betulllllll *jawab sendiri oke*


Sebelum aku menghabiskan mase di belog kesayangan aku ni,, aku menterjah dulu belog belog orang lain.. Saje nak bace kisah hidup orang lain.. Oke,, dipendekkan cerite,, aku terjumpe lah beberape belog yang biase biase saje tetapi berdasarkan daye penulisan nye,, die seolah olah ingin menghiasi blog nya dengan nilai keislaman.. saya bagi kredit tentang itu.. *sila tukar bahasa diri kepada saya*


Tetapi ade juga yang buat saye pelik,, saya tak faham kenape terdapat segelintir blog yang buat saya rasa tak puas hati..Si pemilik blog menulis hadis atau ayat al-quran kemudian memberikan terjemahan,, bagus,, tetapi,, saya rase terpanggil untuk menulis entri ini apabila ada daripada si penulis blog yang mentafsir terjemahan ayat tersebut.. Tafsiranya pula mengikut logik akal dan lebih mengecewekan,, tafsiran yang dibuat tidak ada kene mengena langsung dengan hadis yang disertakan.. inilah padahnya apabila kelajuan jari menaip mengatasi daya kekreatifan berfikir! 


Kepada si penulis blog,, Jangan menjadi bodoh untuk menampak kan kecerdikkan! Niat anda untuk menulis hadis sebagai penyeri blog sangat baik,, tetapi,, tahukah anda maksudnya?? tidak bukan?? jika tidak,, tugas anda adalah mendalami ilmu itu,, bukannya mentafsir hadis itu mengikut daya berfikir,, jika daya berfikir anda tepat, padat, atau maksud yang sememangnya hadis itu sampaikan,, itu tidak jadi masalah,, tetapi sekiranya tidak?? *saya sangat beremosi*


Teguran ini bukan kerana nak perbanyakkan entry,, seperti yang selalu saya buat,, tetapi,, teguran atas rasa simpati.. serius! saya sangat bersimpati dengan orang orang seperti ini.. Mungkin ada dikalangan mereka yang tidak perasan kesalahan itu,, Kalau anda terbaca entri ni,, sedarlah,, hadis bukan boleh dibuat main.. jika salah tafsirannya? jauh la persimpangannya..

No comments:

Post a Comment

jangan baca saja,
tinggalla komen sebijik dua.
=.="

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara