25 March 2012

catur kehidupan

Assalamualaikum

Malam yang panjang, sunyi tanpa kata, 
hidup tanpa biasan, jiwa teguh pedoman.

Dilemma menjadi seorang yang bernama manusia. Hidup ibarat catur, tersilap langkah, tergadai raja. Aku juga seorang manusia yang perlu memilih jalan sendiri. Jalan mana yang nak dilalui. Aku bukan lah dilahirkan sebagai seorang yang genius. sedih bukan? Aku selalu cakap macam tu. Tapi hakikatnya, sifat malas tu dah dibaja dalam jiwa. Macammana nak dapat result yang gempak? kalau diri sendiri tak cuba lakukan yg terbaik. Kelalaian tu sampailah masuk form 5. Orang lain dah terbang jauh. Aku masih lagi tercari cari sayap. Orang lain dah ke bulan, aku baru nak cari minyak. cepat give up jugak punca terbesar kekalahan dalam spm.

Bila orang dapat result yang gud gud, aku mulelah nak rendah diri dengan result yang low low. Macam ade gap pulak dgn kawan kawan yang lain. Padahal diorang yang lain layan kite same je macam sebelum ni. Tapi disebabkan result yang low ni lah buat kite rase,, "eh, die bukan nak kawan dengan aku yang bodo kelaut nih". see! negative thinking pulaks!! lepas tu, orang lain dapat masuk u best best, course besh besh.. yang aku ni pulak?? dapat masuk pon dengan course yang aku sniri pon x apply! camaner?? Kat sini dah timbul satu dilemma. yup! disini lah ketua dilemma. Pertama kali aku berhadapan dengan dilemma. Tak pergi, rasa rugi, bile pergi nanti,, ape yang aku dapat?

Akhirnya dapat azam baru, cuba sekali lagi keupayaan untuk stpm :) Alhamdulillah. Mungkin disebabkan pengaruh kawan kawan jugak aku jadi lebih exited nak cuba merubah pelengkap diri. Mungkin jugak daripada kesilapan waktu spm dulu buat aku lebih kuat. Alhamdulillah, result tidak mengecewakan, cuma tak sampai target yang aku nak. sape yang tak terget dapat 5p kan?? aku dapat stakat 4p je. sedih memang sedih, tapi kawan aku cakap, "kebahagian hidup akan datang, bukan bergantung jumlah p yang aku dapat". Yes! tak a note okeyh!! aku bersemangat balik.. Mungkin ade silap teknikal ke ape tah, aku pon tak tahu, aku sekali lagi ditawarkan di u, tapi nun jauh membelah awan. eceh! cakap macam pegi oberseaaahh.. cuma sabah je, tapi mungkin tak kena pada jiwa. Aku tak terniat langsung nak mencuba minat bidang yang aku dapat tu. sekali lagi aku berada di dalam dilemma. Tu belum masuk campur pengaruh luar lagi. belum masuk campur makcik makcik yang suka gosip lagi. tu belum masuk lagi makck makcik yang suke buat fitnah lagi. eh.. tu pun dah buat kepala aku sesak! sekali lagi aku kena pilih, mana satu jalan yang aku nak pegi? 

Akhirnya, surat tawaran entah ke mana, jiwa aku entah kemana.. jawapanya tidak. aku dah buat keputusan aku sendiri. Jalan yang aku pilih. Tiba tiba, datang rumit dilemma sekali lagi. Maklomlah, hidup bermasyrakat ni, kalau takade story, tak hot pulaks! Ade jugak makcik pakcik yang cop aku penipu. Ade ke patut depa nak tengok sijil dengan surat tawaran UMS. gile ape makcik nih. macam tulah jadinya, kalau hidup tak jaga tepi kain orang, tak tenang. Dilemma lagi! dilemma sama ada aku kene rebus surat tawaran and sijil stpm and bagi papa and mama kepoh telan atau aku lempang je sekor sekor?? Hahah,, gelak besar aku teringat waktu tu.. Sampai macam tu jenis orang pon ada ka?? 

Mama papa kepoh tu aku biarkan je die dengan gosip gosip die, orang macam tu, kalau kite tunjuk kebenaran, cara lain pulak die putar belit, maklomlah, dalam dunia ni,, keluarga die je yang perfect! hahax :)

Sekarang umur aku dah menjangkau 2* ;) malu pulak rase nak tepek umur kat sini. Alhamdulillah, walaupun aku masih menunggu tawaran kerja, sekurang kurangnya, aku dah ade bisness sendiri.. walaupun aku tak kejar ape yang orang lain kejar, aku dah punya harta sendiri kann. Sebenarnya macam tu lah kitaran hidup. Jalan yang aku pilih adalah apa yang ada pada aku sekarang.. Hidup bila tak menyusahkan orang, hati senang. Tak payah la sampai nak belek sijil orang demi nak puaskan hati. Al-quran terapi hati. lebih baik mengaji daripada mengeji.


1 comment:

  1. ye sayang..pedulikan pandangan manusia..kerana manusia itu sifatnya lupa..mereka lupa yg mereka jugak tidaklah sempurna mana, tidaklah hebat manapun..fikirkanlah pandangan Allah ! :)
    aku sayang ko yan ! aku doakan, suatu hari ko akan berjaya dalam perniagaan dan perusahaan keluarga ko..insyaAllah ! :)

    ReplyDelete

jangan baca saja,
tinggalla komen sebijik dua.
=.="

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara