28 December 2011

sayang kamu selamanya

Assalamualaikum.



Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk la mak.
Bila Ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
Bila Mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang
Bila Ayah minta kita singgah kita jawab kerja kita belum selesai
Bila hati kita terguris kita kata :: Mak memang tak pernah faham ::
Bila Hati Kita terhiris kita kata :: Ayah memang tak ambil kisah ::
Tetapi
Bila hati mak kita terguris, Mak kata :: Tak apa, dia masih muda::
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata :: tak mengapa, belum sampai akalnya ::
Bila kita menagis lapa, Mak berlari hingga bagai hilang kaki
Bila kita merintih tanda derita, Ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia bekalkan cekal
Bila kita pilu kerana kecewa Ayah teguh berkata dia tetap bangga
Maka
Hargailah selagi mereka masih ada di dunia
Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya
perbanyakkan berdoa untuk mereka












23 December 2011

Datin saya Datin sayalah dan tidak ade kene mengene dengan Honey kayu Hoki dan pelik tapi benar dot belogsepot oke!

Assalamualaikum

Gasak aku lah nak buat tajuk entry panjang panjang.
Kalau boleh,, aku nak tajuk lebih panjang dari entri
tetapi apakan daya
aku rasa seperti Zalim pulak bila buat macam tu
Jadi, aku lupakan saja hasrat hati.





Ini Datin saye
kelassss kau Datin!
=)

Entry kali ini adalah untuk memberi penegasan
Nampak macam garang bukan?

Aku mengelarkan si cantik manis molek ni dah lame dengan gelaran Datin
Datin yang belum dapat pingat lagi
mungkin nanti.. kalau ade rezeki
Mulut aku masin
Insyaallah =)

Oleh itu,, jangan kaitkan aku dengan honeykoyuki yang mengelarkan kawannya Datin
mahupun Si cantik Maria Elena mengelarkan Asrifirdaus as Dato'
Tiade siape tiru siape sekarang ni oke..
Anyway,, Aku kenal Datin Aku terlebih dahulu daripada belog belog sekian sekian khenn..
Aku terlebih dulu panggil Datin aku as Datin before aku baca belog belog sekian sekian oke
aku mungkin salah seorang pembaca belog sekian sekian sekian kann
tetapi tidak semestinya aku peminat pemilik belog sekian sekian sekian.
sekian

untuk terakhir kali.

Sekian


Berapa banyak sekian daaa??

Ade gaya entry kali ni macam marah marah tak??
actually aku marah nih
marah yang comel
awwww!
*blushing oke*

entry pendek

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ini
rasa malas tiba tiba sahaja menjadi penghuni tetap di dalam diri ini
Puas sudah dihalau
Namun
Malas itu tetap tidak berganjak
malah
semakin teguh membela diri
nyah kau malas! gue enggak suka tahhu!


Kenape aku dibelenggu masalah ini?
adakah kerana Zackzukhairy telah berpunya?
atau Yusry KRU ingin tamatkan zaman bujangnya?
ahhhhhhhh! Jiwa celaru tahhu!






Kalau rupa mals aku saling tak tumpah macam kucing ni
takpela jugak =.='


Line internet macam Harem!!
boleh tak aku mencarut?
oh tidakkkkkk!
kalau nak mencarut kat kutu bab* boleh tak??
aku geram giler.. ade ke patot die berdamping dengan aku selama 3 hari ni
patutla badan aku sakit sakit
bab* punya kutu bab*
ehhhhhh.. aku tak mencarut oke!

**awakkkk,, nanti awak jangan lah hinggap kat saya lagi ya kutu khinzir,,
kite tak suka la awak main hinggap hinggap ni..
kite nasihatkan awak ni tahu
ni last warning oke**

18 December 2011

Pergi

Assalamualaikum

Pagi tadi tepat jam 7.00am
Aku dikejutkan dengan satu berita
yang sangat meruntun jiwa
Perginya seorang lagi makhluk ciptaaNYA
Takziah aku ucapkan kepada 
di atas pemergian Ibu tercinta



Sesungguhnya,
terngiang ngiang lagi suara arwah makcik
seolah olah membisik bisik

"Hang ni Yan, nak kutip lada pun tak reti"
"Hang ni Yan, semua benda takut aih"
"Hang ni Yan, makcik tak tau la kalau hang nak ikut Ct pi kebun,
Jumpa ulat pon dah melompat sakan"

terlalu banyak kata kata makcik terngiang ngiang di telinga.
Kata kata yang buat aku tertawa dulu
Kata kata yang buat aku dengan siti tersengih sengih
Tapi, entah mengapa, kata kata tu buat aku sedih pagi tadi
Sedih kerana aku juga merasa satu kehilangan



Satu lagi kenangan yang tak boleh aku lupakan
penangan air tangan makcik
Laksa Pineng.
Dulu aku tak makan laksa pineng
Disebabkan air tangan makciklah,, laksa pineng dah jadi makanan kegemaran.
banyak la jugak tips tips yang makcik bagi untuk masak laksa pineng.
Aku siap kasi warning lagi kat Siti
"Kalau mak ko masak laksa pineng, Ko panggil aku datang!
Wajib tahu!"




Dua minggu lepas,
aku melawat makcik di Hospital Pekan
Terkejut besar tengok makcik
kurus sangat
Diam tanpa kata.
Makcik dah tak bermaya waktu tu
abg Siti cakap makcik kini hanya makan susu sebagai penambah tenaga
waktu tu Siti berada di Sarawak.



Hari ni, tepat jam 2.30 pagi tadi
Makcik disahkan meninggal dunia.
Dua tiga kali aku baca mesej tu
tetapi banyak kali baca pun 
yang pergi tetap pergi
Kalau aku pun berasa kehilangan ini
inikan pula siti.
Siti anak bongsu.
Siti juga baru sahaja kehilangan ayahnya beberapa bulan yang lepas.
Kini ibunya pula mengikut jejak langkah Arwah Pakcik.
Begitu banyak dugaan untuk menjadi seorang yang bernama Siti Nasriah.





Kepada Siti:
Takziah aku ucapkan dia atas pemergian ibu ko siti.
Be strong dear.
Kuatkan semangat untuk hadapi semua ini.
Sabar banyak banyak.
banyakkan berdoa.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang solehah.

amin.


17 December 2011

16 December 2011

Kisah Jiwa Cinta Part 1

Assalamualaikum


Kisah Jiwa Cinta


Kisah Mencoret
Jiwa dilorek
Cinta dibisik 
lalalalal
*sambil buat muka teramat baik* 








KISAH










Jiwa








cinta






14 December 2011

Ombak rindu buatkan saya dilanda tsunami kasih?

Assalamualaikum


Tabik spring la dekat isteri Aaron Aziz yang sebenar. Kalau la aku jadi isteri sebenar die, hari hari jugak die balik makan kacang je! Apahal tibe tibe nak jadi isteri Aaron Aziz pulak ni?? ni la Tsunami kasih bila mana anda rase "wahhhhhh! best giler Aaron azis peluk peluk free maya karom" =.='










Dan dan la pulak, Izzah si gadis kampung bertudung dan juga
alim pegi jemur baju kat tanah hanya berkemban.
Tak cukup dengan ni?? Hah! tengok yang ni pulak!














=.='








Jalan cerite ade lari sikit dari Novel. Tapi boleh la kalau nak tengok bila ade masa lapang. hehe
Cerite ni memang sedih.. nak nak bila part Izzah kene Jual dekat haris. Hampir berjuraian air mate aku tapi still kene control. Kakak aku kuat menganjing WOOOOOOO! 




~~sekian~~

04 December 2011

Trimas Datin dan Happy birhday Mak C(=

Assalamualaikum

Ini kawan aku
Dari kecil sampai besar gajah
bukan aku yang besar, tapi gajah yang besar =.=






Ni lah Datin saye!




beberapa minggu lepas, datin waha bagi
aku ini






kad yang comel
and selendang yang super duper cantik!!!!

kata Datin, ini adalah hadiah hari jadi,,
birthday aku dah 2 3 purnama yang lepas =.=
bolehla
masih lagi boleh diterima
hehehe






Tenkiyu datin!
love you very very very much
Memang terbelit leher aku tahu 
hahaha



beberapa minggu yang lepas juga
adalah ulang tahun kelahiran Bonda tersayang


kakak aku dan aku telah membuat suprise
yang tak menjadi
kepada Bonda.









Kami korek kumpul duit semata mata nak belikan mak kek ni.
Mak tak suka makan kek coklat
tapi mak suka makan buah buahan (manga)
Setelah mendapat inspirasi daripada kaklong sewaktu harijadi abang tempoh hari
aku membuat keputusan untuk beli kek ni
harap harap mak suke.







kek ni aku yang pilih selepas
tertarik dengan tekstur dan rasa dan comel dan cantik
dan macam macam lagi dan.
(abaikan penggunaan bahasa melayu)







Mama hot papa seksi.
Nasib baik mak suke
lain kali boleh beli lagiiiiiiiiii
tapi...
yang lain kali tu,, mak lah bayar oke =.='



Ini saja untuk kali ini
akhir kata
thankz a lot Datin! sayang kamu =)
and
Happy birthday mak!
Semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki.

01 December 2011

Penakut

Assalamualaikum

Tajuk entry kali ni bukan sebab nak menang anugerah belog lepastu anugerah kene tarik balik oke, bukan jugak sebab nak cakap cakap tentang cerita hantu bungkus yang membungkuskan dirinye sendiri lepastu duduk kat tepi tingkap,, ketuk tingkap bilik then suruh tolong bukak kan tali  yang terikat kat kepala die, tetapi nak cakap cakap tentang teras tajuk iaitu takut.












Tak silap aku semua orang pernah rasa kot perasaan takut ni, waktu kecik kecik tahun satu kot dulu, pernah jugak, aku takut dekat cikgu, sebab cikgu garang giler! Aku pun tak tahu kenape boleh takut sangat, tetapi, baru baru ni terserempak dengan cikgu tu balik, wahhhh! aku boleh pulak pegi salam salam then peluk cium. Padahal dulu punyelah seram bile time cikgu ni nak masuk kelas. see, Takut tu subjektif! 




Takut Kerana Salah
Berani Kerana Benar



korang tanye Siti Nurhaliza pun, nak naik pentas pun still debar debar takut kan, apatah lagi kalau korang tanye dahlia teck! OMG! maaf =.=

P/s : Sapa tak takut kan kalau tiba tiba ada harimau dalam rumah!
copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara