18 December 2011

Pergi

Assalamualaikum

Pagi tadi tepat jam 7.00am
Aku dikejutkan dengan satu berita
yang sangat meruntun jiwa
Perginya seorang lagi makhluk ciptaaNYA
Takziah aku ucapkan kepada 
di atas pemergian Ibu tercinta



Sesungguhnya,
terngiang ngiang lagi suara arwah makcik
seolah olah membisik bisik

"Hang ni Yan, nak kutip lada pun tak reti"
"Hang ni Yan, semua benda takut aih"
"Hang ni Yan, makcik tak tau la kalau hang nak ikut Ct pi kebun,
Jumpa ulat pon dah melompat sakan"

terlalu banyak kata kata makcik terngiang ngiang di telinga.
Kata kata yang buat aku tertawa dulu
Kata kata yang buat aku dengan siti tersengih sengih
Tapi, entah mengapa, kata kata tu buat aku sedih pagi tadi
Sedih kerana aku juga merasa satu kehilangan



Satu lagi kenangan yang tak boleh aku lupakan
penangan air tangan makcik
Laksa Pineng.
Dulu aku tak makan laksa pineng
Disebabkan air tangan makciklah,, laksa pineng dah jadi makanan kegemaran.
banyak la jugak tips tips yang makcik bagi untuk masak laksa pineng.
Aku siap kasi warning lagi kat Siti
"Kalau mak ko masak laksa pineng, Ko panggil aku datang!
Wajib tahu!"




Dua minggu lepas,
aku melawat makcik di Hospital Pekan
Terkejut besar tengok makcik
kurus sangat
Diam tanpa kata.
Makcik dah tak bermaya waktu tu
abg Siti cakap makcik kini hanya makan susu sebagai penambah tenaga
waktu tu Siti berada di Sarawak.



Hari ni, tepat jam 2.30 pagi tadi
Makcik disahkan meninggal dunia.
Dua tiga kali aku baca mesej tu
tetapi banyak kali baca pun 
yang pergi tetap pergi
Kalau aku pun berasa kehilangan ini
inikan pula siti.
Siti anak bongsu.
Siti juga baru sahaja kehilangan ayahnya beberapa bulan yang lepas.
Kini ibunya pula mengikut jejak langkah Arwah Pakcik.
Begitu banyak dugaan untuk menjadi seorang yang bernama Siti Nasriah.





Kepada Siti:
Takziah aku ucapkan dia atas pemergian ibu ko siti.
Be strong dear.
Kuatkan semangat untuk hadapi semua ini.
Sabar banyak banyak.
banyakkan berdoa.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang solehah.

amin.


No comments:

Post a Comment

jangan baca saja,
tinggalla komen sebijik dua.
=.="

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara