28 December 2011

sayang kamu selamanya

Assalamualaikum.



Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk la mak.
Bila Ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
Bila Mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang
Bila Ayah minta kita singgah kita jawab kerja kita belum selesai
Bila hati kita terguris kita kata :: Mak memang tak pernah faham ::
Bila Hati Kita terhiris kita kata :: Ayah memang tak ambil kisah ::
Tetapi
Bila hati mak kita terguris, Mak kata :: Tak apa, dia masih muda::
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata :: tak mengapa, belum sampai akalnya ::
Bila kita menagis lapa, Mak berlari hingga bagai hilang kaki
Bila kita merintih tanda derita, Ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia bekalkan cekal
Bila kita pilu kerana kecewa Ayah teguh berkata dia tetap bangga
Maka
Hargailah selagi mereka masih ada di dunia
Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya
perbanyakkan berdoa untuk mereka












23 December 2011

Datin saya Datin sayalah dan tidak ade kene mengene dengan Honey kayu Hoki dan pelik tapi benar dot belogsepot oke!

Assalamualaikum

Gasak aku lah nak buat tajuk entry panjang panjang.
Kalau boleh,, aku nak tajuk lebih panjang dari entri
tetapi apakan daya
aku rasa seperti Zalim pulak bila buat macam tu
Jadi, aku lupakan saja hasrat hati.





Ini Datin saye
kelassss kau Datin!
=)

Entry kali ini adalah untuk memberi penegasan
Nampak macam garang bukan?

Aku mengelarkan si cantik manis molek ni dah lame dengan gelaran Datin
Datin yang belum dapat pingat lagi
mungkin nanti.. kalau ade rezeki
Mulut aku masin
Insyaallah =)

Oleh itu,, jangan kaitkan aku dengan honeykoyuki yang mengelarkan kawannya Datin
mahupun Si cantik Maria Elena mengelarkan Asrifirdaus as Dato'
Tiade siape tiru siape sekarang ni oke..
Anyway,, Aku kenal Datin Aku terlebih dahulu daripada belog belog sekian sekian khenn..
Aku terlebih dulu panggil Datin aku as Datin before aku baca belog belog sekian sekian oke
aku mungkin salah seorang pembaca belog sekian sekian sekian kann
tetapi tidak semestinya aku peminat pemilik belog sekian sekian sekian.
sekian

untuk terakhir kali.

Sekian


Berapa banyak sekian daaa??

Ade gaya entry kali ni macam marah marah tak??
actually aku marah nih
marah yang comel
awwww!
*blushing oke*

entry pendek

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ini
rasa malas tiba tiba sahaja menjadi penghuni tetap di dalam diri ini
Puas sudah dihalau
Namun
Malas itu tetap tidak berganjak
malah
semakin teguh membela diri
nyah kau malas! gue enggak suka tahhu!


Kenape aku dibelenggu masalah ini?
adakah kerana Zackzukhairy telah berpunya?
atau Yusry KRU ingin tamatkan zaman bujangnya?
ahhhhhhhh! Jiwa celaru tahhu!






Kalau rupa mals aku saling tak tumpah macam kucing ni
takpela jugak =.='


Line internet macam Harem!!
boleh tak aku mencarut?
oh tidakkkkkk!
kalau nak mencarut kat kutu bab* boleh tak??
aku geram giler.. ade ke patot die berdamping dengan aku selama 3 hari ni
patutla badan aku sakit sakit
bab* punya kutu bab*
ehhhhhh.. aku tak mencarut oke!

**awakkkk,, nanti awak jangan lah hinggap kat saya lagi ya kutu khinzir,,
kite tak suka la awak main hinggap hinggap ni..
kite nasihatkan awak ni tahu
ni last warning oke**

18 December 2011

Pergi

Assalamualaikum

Pagi tadi tepat jam 7.00am
Aku dikejutkan dengan satu berita
yang sangat meruntun jiwa
Perginya seorang lagi makhluk ciptaaNYA
Takziah aku ucapkan kepada 
di atas pemergian Ibu tercinta



Sesungguhnya,
terngiang ngiang lagi suara arwah makcik
seolah olah membisik bisik

"Hang ni Yan, nak kutip lada pun tak reti"
"Hang ni Yan, semua benda takut aih"
"Hang ni Yan, makcik tak tau la kalau hang nak ikut Ct pi kebun,
Jumpa ulat pon dah melompat sakan"

terlalu banyak kata kata makcik terngiang ngiang di telinga.
Kata kata yang buat aku tertawa dulu
Kata kata yang buat aku dengan siti tersengih sengih
Tapi, entah mengapa, kata kata tu buat aku sedih pagi tadi
Sedih kerana aku juga merasa satu kehilangan



Satu lagi kenangan yang tak boleh aku lupakan
penangan air tangan makcik
Laksa Pineng.
Dulu aku tak makan laksa pineng
Disebabkan air tangan makciklah,, laksa pineng dah jadi makanan kegemaran.
banyak la jugak tips tips yang makcik bagi untuk masak laksa pineng.
Aku siap kasi warning lagi kat Siti
"Kalau mak ko masak laksa pineng, Ko panggil aku datang!
Wajib tahu!"




Dua minggu lepas,
aku melawat makcik di Hospital Pekan
Terkejut besar tengok makcik
kurus sangat
Diam tanpa kata.
Makcik dah tak bermaya waktu tu
abg Siti cakap makcik kini hanya makan susu sebagai penambah tenaga
waktu tu Siti berada di Sarawak.



Hari ni, tepat jam 2.30 pagi tadi
Makcik disahkan meninggal dunia.
Dua tiga kali aku baca mesej tu
tetapi banyak kali baca pun 
yang pergi tetap pergi
Kalau aku pun berasa kehilangan ini
inikan pula siti.
Siti anak bongsu.
Siti juga baru sahaja kehilangan ayahnya beberapa bulan yang lepas.
Kini ibunya pula mengikut jejak langkah Arwah Pakcik.
Begitu banyak dugaan untuk menjadi seorang yang bernama Siti Nasriah.





Kepada Siti:
Takziah aku ucapkan dia atas pemergian ibu ko siti.
Be strong dear.
Kuatkan semangat untuk hadapi semua ini.
Sabar banyak banyak.
banyakkan berdoa.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang solehah.

amin.


17 December 2011

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara