06 November 2011

Bersalah Mungkin.

Assalamualaikum

Lame betul rasenye tak menaip panjang lebar.. asyik tepek menepek gambar je.. Kali ni rasenye nak bebel panjang panjang panjang panjang sampai muntah.. bukan aku yang muntah.. tapi korang korang korang yang bace blog aku.. aih ! ramai ker??.. sedihnye=(( sape la layan blog picisan lagi hingusan macam belog berrycute ni kan.. =(( gasak lah! ade org bace ke tak ke,, hakku tetap nak bebel jugak. Blog ni dah macam diary.. segale bende nak letak,, segale bende nak tepek.. zaman dah maju.. kalau dulu.. diary beli yang lawa lawa,, pastu,, kalau nak tulis yang private sangat.. siap berkunci,, tiap tiap malam tertonggeng tonggeng la tulis diary kat atas katil,, pastu tibe tibe mak masuk bilik,, cepat cepat sorok bawah bantal.. padahal,, dah terang terang  mak nampak kite sorok.. lagi mau sorok.. alahai ! jangan nak tipulah.. korang pon macam tu jugak kan kan kan.. mengaku je lah.. =.='


Baiklah.. tutup sudah mukadimah kita yang tak kene langsung dengan isi yang ingin dibincangkan =)


 :: kata orang ::

Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

:: Aku kata ::

Orang buat baik aku layan sebaik baiknya
Orang buat tak baik, automatik aku susah nak tatap mukanya


kalian semua, jangan ikut ikutan perangai aku ya.. aku juga manusia biasa yang punya kelemahan diri. Terasa diri ini sudah terlalu lali dengan keadaan sekeliling. (tune indonesia oke) Bila berbuat baik, seringkali ditindas, Lantas, aku mencuba untuk menjadi lebih berani. Apa yang pernah mereka lakukan, aku cuba lakukan kembali, bukan niat untuk membalas dendam, tetapi dengan harapan agar mereka juga diberi pengajaran walaupun pahit untuk aku melakukan kekhilafan ini. Terus terang aku katakan, terbit juga belas di hati apabila aku melakukan kesalahan itu. Tetapi jika aku tunduk kepada belas kasihan, akhirnya mereka juga gembira dengan kemenangan dan aku terduduk "kebengangan". 

Entry ni terhasil bila terlalu banyak respon untuk tindakkkan aku yang diluar jangkaan. Ade yang positif mahupun negatif. Kedua dua respon aku tolak ketepi. yang ada pada aku sekarang. 

"orang takkan faham apa yang pernah aku lalui, mereka akn faham jika mereka melaluinya"

Orang jugak boleh kata,

"aku faham perasaan ko", mereka hanya faham tetapi mereka tidak merasai

Maaf. sesungguhnya,, untuk berbuat baik pada mereka hanya apabila mereka berubah untuk menjadi lebih baik. Aku tahu, mereka juga manusia biasa yang punya kelemahan diri. ingin aku tegaskan, 

"aku bukan mahu yang terbaik dari kamu, tetapi cukuplah jika kamu menjadi lebih baik dari dulu".


kenapa kau begitu skema?? ehh.. malulah tetibe nak feeling bagai kann.. kisah hanyalah kerana sebiji burger.. huahuahua =.='. maaf jika ada yang terase oke.=)
bye.

No comments:

Post a Comment

jangan baca saja,
tinggalla komen sebijik dua.
=.="

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara