07 August 2011

merpati motor sejoli

Assalamualaikum...



Ini En Kriss Biru,,
En Kriss Biru sangat Hensem dan Kacak,,
itupun sewaktu baru menjadi ahli keluarga sha'udi..
heheheh
setelah sekian lama tidak berpasangan,, 
emak saya telah mencari pasangan yang sangat sesuai untuk En Kriss Biru,,
Kriss Biru buat buat merajuk,,
kononnya,, kami tidak suka dengan khidmatnya..
tapi kami tahu,,
Encik Kriss Biru sangat exited..
mengada ya kamu En Kriss!


Ini pula Pn. Wave Merah,,
Sangat cantik, sopan dan sedikit garang,,
mula mula jual mahal,,
tak nak dipasangkan dengan En kriss
tapi lama lama,, 
Hatinya terpaut dek "KEGANTENGAN" En Kriss,,

Pada suatu hari, Encik Kriss dan Puan Wave Merah dirompak!,, beberapa orang penjahat telah merompak jantung En Kriss!!!,, Lebih menyakitkan hati,, Puan Wave merah turut diculik!!!! kini,, Puan wave merah hanya tinggal kenangan.. tidak dapat dijejaki,, Kami sendiri tidak pasti,, adakah dia diculik atau memang sengaja melarikan diri.. Mungkin Puan wave tidak tahan dengan kerenah berat badan kami?? siapa tahu??? Arggghhh.. barang yang lepas jangan dikenang! Aku lihat En Kriss sangat sedih dengan kehilangan Puan Wave.. Setap masa hanya termenung,, barangkali menungkan nasib diri,, sudahla kehilangan isteri,, jantung pula dicuri.. tetapi,, kami baik hati.. kami berikan En Kriss jantung yang baru.. ;p

Ya,, patah tumbuh hilang berganti!! pada awalnya,, En kriss kelihatan gembira dengan jantung barunya.. tetapi,, lama kelamaan,, En Kriss bermuram durja kembali.. mungkin teringatkan Puan Wave...

kini..........

Kami berhempas pulas untuk mengembirakan En Kriss,,
lalu,, kami memberikan En kriss pasangan yang baru..
Puan Wave biru,,
berketurunan Wave sama seperti Isteri En Kriss yang dulu..
Cuma warna kulitnya saja yang biru..
Pada awalnya,, En Kriss tidak mahu
katanya,, mahu setia pada yang satu..
tetapi.. akhirnya En Kriss restu..
menerima Puan wave biru
sebagai isterinya yang baru.. ;p


kami hidup bahagia selamanya,, pasangan berkenaan kami gunakan dengan sebaik baiknya.. Kadang kadang kami terifikir juga,, di mana Puan Wave merah?? marah sungguh agaknya,, atau lupa diri sudah??

kalaulah Puan Wave merah kembali,, melihatkan pasangan motor dua sejoli ini
pasti puan wave merah cemburu.. =.='


No comments:

Post a Comment

jangan baca saja,
tinggalla komen sebijik dua.
=.="

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara