28 January 2012

aku rindu sayang kamu

Assalamualaikum

Semalam,
Dapat berita dari nurul syahida
tiba tiba rasa sayu
kenapa semua ni jadi dekat ko ye?
ko kawan yang baik
ko kawan yang ceria
ko comel
tapi semua tu dugaan
ujian
nak tak nak,, kene terima.





Aku hilang kata kata
kelu lidah
Aku cuma dapat nasihat
"Sabar syahid, itu tanda Allah sayang kawan saya ni kan"
"Sabar syahid, Ini ujian supaya Awak lebih dekat dengan Maha esa"
Hanya nasihat dan doa yang dapat aku beri






ko cakap ko sakit
ko tak boleh makan itu
ko tak boleh buat ini
Hanya nasihat saja yang aku boleh berikan?
ya.. tapi aku nak ko tahu
Setiap nasihat,, setiap post ko yang masuk dekat newsfd aku,,
setiap kali itu lah aku doakan ko cepat sembuh
jadi jangan ingat tiada siapa yang
menyokong ko

Aku bukan pujangga yang pandai bermadah
tapi entry ni memang khas ditujukan pada ko
supaya ko lebih berjuang untuk menjalani ujian itu.


Syahid, i luv u
sayang ko sangat
aku tak sabar nak jumpa kau tahu!


kepada semua readers
Doakan kesembuhan kepada kawan saya
Nurul Syahida binti abdul halim
Doakan kesihatan yang lebih baik
Dan
Paling penting
Doakan Dia supaya lebih kuat menerima ujian Allah s.w.t


Wassalam.

27 January 2012

geLak Puas puAs!!

Assalamualaikum.

anway,, kali ni segmeng gelak puas puas
kah kah kah
baru tadi aku bukak balik entry lepas
asal video aku takde??
hilang?? missing!!
=.="
kecewe amat tahhu!

i am soooryyy..
emak masak kari
adik goyang kaki
abang cari bini
bini abang cantik 
macam bulu itik
itik boleh terebang
macam kapal terbang!

*cara nak hilang masalah*

haha!

14 January 2012

masalah.

Assalamualaikum

Dah tersurat. Siapa pun diri anda pasti akan ada masalah. Mustahil lah kalau hidup tanpa masalah. Jadi doktor belajar kat ireland pun boleh jadi gay. Inikan pulak kalau jadi budak genius dapat 17A kan. Itu belum bukak cerita kalau jadi retis pulak. Gaduh dengan kembar suami mesti la dekat laman sosial. kalau tak, orang tak tahu pulak kan kita gaduh gaduh manja gitu. aish..  Jadi wanita tua pun ada masalah jugak.. tengah syiok syiok kutip derian tak pasal pasal kene rogol. Ibaratnya, takde orang dalam dunia ni tiada masalah. Yang bezanya ialah,, masalah tu besar atau kecil. Cakap pasal masalah ni. Korang Mengeja masalah dengan ejaan masalah atau masaalah?? aku tengok buku adik aku semalam. Dia lebih senang dengan ejaan masaalah. Setahu aku ejaannya adalah masalah kan? Ni pun masalah jugak nih! sape kate jadi budak budak takde masalah??

So.. untuk rehatkan minda dan tinggalkan dahulu sementara masalah tu.. Inilah kerje diorang.





 Ni adik aku,, tah bile die ni ade bakat pon aku tak sedar.
*ade bakat ke??*
*mate kat atas tangan kat bahu*




ni pulak adik sepupu aku
panggil Daha saje


well,, aku rase,, masalah aku pu selesai bile tengok diorang ni buat bajet retisss melampau. haha! Sekian saje, bile korang ade masalah,, jangan risau.. cari something yang boleh korang gelak and rehatkan minda dulu. so,, kepada yang nak beli lesung batu dengan harga ribu riban tu, sila sedar. Anda sebenarnya sedang menghadapi masalah. =)

09 January 2012

debaran pertama

Assalamualaikum.

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama sikucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama adikku seorang


Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan





Minggu ini telah pun masuk minggu kedua sesi persekolahan untuk tahun 2012.
Debaran kali ini bukan berpihak kepada aku
tetapi adik bongsu aku yang kini beusia 7 tahun
maka, hari ini adalah hari ke 4 persekolahannya.


Nampak seronok sangat gayanya
Baju baru, Kasut baru
Beg baru, Sekolah baru
Kawan baru, Suasana Baru

Pendek kata, Semuanya Baru
Itu pendek yang kata
Panjang pulak kata
"duit duit.. dimana kau duit"
*sambil menyanyi girang di situ*






Teringat zaman kecik kecik dulu,
Kalau hari first sekolah
gembira bukan kepalang.

Beg yang dibeli haruslah gambar kartun yang tengah pemes.
Zaman aku dulu,, Budak budak perempuan tak lari dari kartun sailormoon.
Kalau budak laki laki,, zaman aku tu zaman Power Rangers rasenye.
Jangan tak tahu.. Waktu aku masuk Darjah satu dulu,, akulah
satu satunya kanak kanak perempuan yang pakai beg Power Rangers kaler Biru.
Sebab ape Beg Power Rangers??
Sebab Mak aku yang suruh =.="

kasut pulak putih bersih
sebersih kain putih,, kitalah yang mencorakkannya. haha
Semua orang tahu,,
Waktu pergi je putih
waktu balik
dah tak rupe ape dah.T.T






belajar rajin rajin
Besar nanti boleh jadi angkasawan =)
katanye nak jadi angkakawan.
puas aku mencari maksud Angkakawan.
rupe rupenya
Angkasawan.

01 January 2012

hi hi 2012 bye bye 2011

Assalamualaikum

hi hi hi hi ooooooooo hi bye bye
kini kau kata hai hai ku katakan bye bye

Selamat menyambut tahun 2012
semoga tahun ni lebih bermakana daripada tahun sudah
siapa siapa yang tanam azam tu
semoga berjaya capai azam itu
siapa siapa yang azam tahun lepas tak tertunai lagi tu
sila refresh azam tu balik!
dan yang paling penting,, siapa siapa yang bernama azam tu
sila Happy.. sebab malam ni nama anda banyak terlekat di pesbuk mahupun twiter apatah lagi belog.


bye.

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara