15 September 2014

50 peratus edited. 50 peratus in progress

ASSALAMUALAIKUM

Lama gila tak menghendap kat sini. serius lama. tuan punya badan pun terkejut. eh. ade blog sebenarnye aku ni. haha.

ok guys, jangan nak mengkhinzir buta mencaci dan memaki penulis blog ini. alasan yang logik akal diterima, tuan badan sibuk.sibuk.sibuk. lagipun sekarang dunia internet di hujung jari. dulu blog, lepastu fesbuk, muncul pulak twiter.tak lame lepastu instagram pulak! serius. aku ada blog pun dah cukup bangga. aku takdak bendealah twiter, instagram dll. facebook pun mujur ada. ayat selamat. mujur ada ;)

serius!
lama gila tak bukak. tadi terbaca satu post blog kawan. oh! barulah teringat yang saya ada blog.  jemari ini rajin kan diri mengetuk papan kekunci mencari link blog.

omaigod.omaigod.omaigod.
ape link blog aku? ape nama dasar blog? berrycute? izyanshaudi.blogspot? semua aku tekan tak jumpa. menitik nitik air mata aku menangis.. (itu tipu). nasib baik lah aku ingat macammane nak log in blog.

bila bace balik post lama. oh. so old :( *malu dengan diri sendiri.

zaman budak tak matang. baca abc pun merangkak rangkak. ada hati nak tulis blog. sudahnya.. entah apa apa yang ko tulis. tapi tapi tapi, baca balik kisah lama boleh undang ketawa.  dari situ kita dapat lihat tahap kematangan kita. sebab tu untungnya ada blog. *kagum.


aku dah pun delete bnyak jugak post yang tah pape, sayang sebenarnye, sbb kisah yang ade ni boleh kite kenang bile dah tua. so. aku tinggalkan kan sikit untuk kenangan, yang tak patut dikenang tu, aku dah let it go sambil baling ketulan ais berharap akan jadi olaf. kesudahannye. 

masa tamat! olaf tah kemane, mate pun dah kuyu. ade lagi balance nak edit, buang mana perlu, yang agak menyinggung perasaan orang lain pun nak delete arh. sebab dah nama simpan untuk hari tua. taknak lah kenang bende yang menguris perasaan. nak baca yang hepy hepy jer. *sound efect lagu patah sayapku patah*.

 ok cucu tok mummy. tok mummy nak tido. bye
*tetibe feeling dah jadi tok mummy*
haha



sincerely by 
tok mummy yang dah matang



16 October 2012

Barakallah ;)

Assalamualaikum :)





korang semua mesti tengah sebok godek godek fesbuk che ah kann.

terkejut lettew (^.^)


To cheah :

 Barakallah 'alaik...Semoga majlis diberkati Allah dan berjalan lancar. Mohon maaf andai diri secara fizikal tidak dapat hadir ke majlis, kiriman doa mengiringi majlis kamu! Insyaallah,, akan cuba hadir jika tiada aral.. Moga sentiasa dalam redha Allah dan rahmatNya...(^_^)


Semoga bahagia dengan pasangan
semoga menjadi isteri yang solehah
semoga hubungan berkekalan till jannah
semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah


ikhlas :
~izyan~

10 October 2012

Kelucahan Di hari lahir

Assalamualaikum :)

Dalam tak sedar, agak berbulan jugak aku tak update walaupun satu ayat di blog ini. Terasa macam lupa daratan lah pulak ;) 


disebabkan satu kejadian besar belaku dekat aku akhir akhir ni, ade jugak point nak update blog. ye dak?? 

tanggal 8 haribulan 10 yang tertanggal lalu adalah hari lahir aku. Macam biasa. penyakit yang aku kene sejak bulan yang lalu. sering terlupa pekare pekare yang remeh mahupun temeh sememeh.

Bangun saja pagi.. bukan saja miscall.. apatah lagi mesej. oh.. hari lahir aku rupenye?? asal boleh lupa?? hikhikhik. terus senyum sampai telinga. loncat loncat macam pacat.. hewhew ;)

Terharu sangat.. ramai yang ingat birthday aku. Nak aku list nama sorang sorang kat sini. macam tak cukup page je *insert poyos action here*

baiklah. nak dijadikan cerita, sehari before birthday aku yang lepas, aku telah menjejakkan kaki ke Pusat Jalur Lebar setelah hampir bertahun lamanya tidak menjejakkan kaki ke situ. Dengan ringan tangan nya, aku pon log on la fesbuk yang memang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ni. Disebabkan kegilaan yang mendalam tu, aku terlupa nak log out fesbuk lantas telah mengundang beberapa jenayah siber kale ini! cis!

entah siapa lah yang rajin bukak fesbuk aku and like beberapa page yang pada dasarnya,, aku tak minat pon page tu. hehe. Yang buat aku tertarik menarik an dabomb tu.. Ade ke patut die like nye page gambar gambar lucah. padanlah ade antara kawan kawan aku wish suruh aku kahwin awal! haha.. x memadai. sedikit sebanyak buat aku gelak sorang sorang je.

Hamba allah ni jugak dengan baik hatinye pergi hantar private msg kepada beberapa orang kawan lelaki aku. Ayat die simple. I LOVE YOU. haha.. memang sampai bile bile aku ingat.. ;)

Akibat dari kelalaian dan kecuaian aku tu, aku dah pun selamat menukar pasword dan email sebagai langkah berjaga jaga. haha.. ;) nak marah pun tak tahu nak marah kat sape ye dak? hurm. semoga anda berada di kalangan org yang mahu bertaubat. jgn buat begitu lagi.. peace :)

P/S : adik bongsu aku bg hadiah. *insert shock action here* shock akak x habis lagi,, tetibe akak shock lagi!! *double shock* bukak bukak je pembalut hadiah yang diperbuat daripada kertas plastik gula gula.. tiba tiba saja *triple shock here*


taraaaa!!!



sweet tak adik aku?? kau ade??
 

29 March 2012

Lempang grrrrrrr

Assalamualaikum

"hidup ni, kalau asyik Happy je,
Takde bendelah yang boleh dikenang bile dah tues nanti"

"kadang kadang, Kenangan pahit itulah
yang boleh buat kita senyum bile dah tua tua nanti''

ye dak??

jawapan aku ye,, sebab,, sekarang umur aku doplohan
dan, aku akan tersenyum sumbing, geli hati bile teringat zaman zaman tak matang dulu
waima kenangan pahit sekalipun.

Aku ade satu kisah yang sangat teragis nak dikongsi
kisah tragis ni, bukan jadi mimpi ngeri bagi aku,, tapi,, jadi igauan la pulakss ;)
aku tak tahulah  ade lagi ke tak kawan kawan aku yang dulu
ingat kisah ni khenn,


Kisah nya bermula begini

Jeng jeng jeng
*Buat aksi kanak kanak tabika nak mulekan cerite bajek seram*


lokasinya di sekolah agama rakyat
macam biasa, namanya saja sekolah agama,
tetapi pelajar pelajarnya bukan lah tediri
daripada pelajar pelajar yang sopan sangtun
maklomlah,, waktu tu aku baru darjah 5 ;)
Tak punya perasaan malu lagi..
=.='




Seingat aku, waktu tu  time  rehat
dan aku bersama geng geng dulu jenis rehat suke lepak dalam kelas
and adelah sekumpulan budak laki laki ni
lepak jugak dalam kelas
main lari lari dalam kelas, waktu kecik kecik dulu
acara main kejar kejar dah jadi acara wajib dah bagi kaum lelaki.
tapi yg aku fanasss nye
nak main kejar kejar
mainlah kat luar kelas ye dak?
ni tak.. dalam kelas jugak yang diorang sukeee
bajet meje tu boleh tukar jadi tugu petahanan la kooot


Nak dijadikan cerita, seorang budak dari kalangan budak lelaki ni
tue setahun dari aku, kalau waktu tu die darjah enam la kann
main lari lari dan terlanggar la meja aku
gedebammmmm, habis semua barang barang yang dekat meja jatuh kebumi. *eceh*


Aku punye la hanginnn,, sebab sebelum tu,, aku dah warning awal awal dah
jangan main lari lari
sambil buat muka ibu yang garang
tapi sikit pon depa tak layan.
mane la aku tak hangin kann.. aku pon dengan spontan bangun dari tempat duduk
dan bediri betul betul la dekat budak tu
budak tu pulak buat muke innocent je,, lagi lah aku marah
dengan spontan,, tangan aku ringan ibarat kapas
PANNNNNNGGGGGG!
mbek nakk
setepek kat pipi die.









Biaselah, macam org lain jugak, bile dah buat salah baru nyesal kan
macam tu la jugak aku, bile tengok budak tu menunduk je
barulah terase yang diri ini terlalu zalimm ;(


waktu tu, ramai jugak kawan kawan aku jadi penonton
macam dah duduk dekat arena of star genting dah gayenye
aku pulak boleh la jadi retisss kejap khennn
tibe tibe
budak tu nangis,, 
aku dah start cuak beb.
tapi aku buat buat cool,, selang beberape minit
ustaz datang. aku lagi la betambah cuak
dalam hati takut je kalo kalo ade orang yang bagitahu ustaz
mahunye kene pukul aku dengan rotan gajah.
nasib baiklah hari tu berlalu macam biasa
macam tarak apa apa yang belaku


lepas pade peristiwa tu
seminggu jugak budak tu tak datang sekolah
malu agaknya,, niat dihati nak jugak mintak maaf
tapi takut lah pulak,, takut aku kene lempang balik kannn
haha
tapi serius, aku memang nak mintak maaf dekat budak tu
tapi lepas peristiwe tu, budak tu jarang datng sekolah
bile die datang, aku pulak tak datang
=.=


10 tahun berlalu.
seingat aku, aku tak mintak maaf lagi kat die
sehinggalah beberapa hari yang lalu
Budak ni tadi jadi pelanggan aku





Terkejut kucing mak jahhhh!
muke ni rase nak cabut je letak kat dalam hbag.
ahaha,, 


eh,, ni ke budak yang aku pannngggg dulu?
eh, dah besau dahhhhh




Aku ingat, aku je yang malu malu kucing
die pon aku tengok lebih kurang same jek
ternampak aku je, tundukkk muke
mase tu, die datang dengan ayah die, ayah die lah yang banyak cakap
die just senyap dan terus senyap
mungkin die malu sesangat,, yela,, kene tampar depan ramai kengkawan kann
tapi,, kalau lah ade sikit je keberanian dalam diri ni
nak je aku g terus cakap kat die


"bro, waktu kita kecik kecik dulu,
wa penah tertampar pipi u bro, kalo u ingat kisah tu,
angaplah wa dah mohon ampun... kalau u dah tak ingat,, takpe bro..
kite anggap je,, tamparan wa dulu sekadar cubit cubit manje gitu"
hehehehe


eceh,, wa kesal tahu,, wa rase besalah sesangat
kalaulah wa tahu 
bile dah besar lu hemseng canggini
wa tak tampar lu bro.. wa main cubit cubit jep..
hahaha



26 March 2012

Jodoh kite

Assalamualaikum




 


Ada yang kata
Bahagia itu pada harta yang dihiasi permata
 Ada yang kata
Bahagia itu pada rupa yang disulam rupawan
Ada yang kata
Bahagia itu terletak sejauh mana kemahsyuran
Dan ada juga yang kata
Bahagia itu terletak pada kuasa yang dijanjikan


Jika bahagia itu terletak pada harta, rupa, pangkat dan kuasa,
Mengapa Charles dan Diana berpisah?
Mengapa Elvis dan Priscilla berpecah?
Mengapa Onasis dan Jackie bertelagah?


Kerana..
Bahagia itu sebenarnya datang dari diri

Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara di laut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota di singgahsana rasa


Jodoh itu rahsia Allah,
Sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,
selama mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar
sejujur mana kita terima dia,
Jika Allah kata itu bukan jodoh kita
kita tetap tidak akan bersama dengannya.


copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara