20 May 2011

portuguese grill =)



Assalamualaikum..


Entry kali ni khas untuk abah.. hahah,, bukan ape,, saje nak perkenalkan abah dengan masakkan terbaru... =) abah nak try...









Portuguese Grill (Ikan / Sotong / Udang)

Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat Portuguese Grill (Ikan / Sotong / Udang):-

Bahan-bahan:

  • 800 gram cili boh / cili kering yang dikisar
  • 20 ulas bawang merah kecil (dikisar / tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci lengkuas (dikisar / tumbuk)
  • Sedikit belacan (ikut citarasa masing-masing)
  • Minyak masak (utk menumis)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 400gram udang kering (dikisar)
  • Ikan / udang / sotong / lala (ikut citarasa masing-masing)
  • Kacang botol / kacang bendi (dipotong dan dibersihkan)
  • Daun pisang
  • Aluminium foil

Cara membuatnya:

  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili boh / cili kering yang telah dikisar.
  • Masukkan air dan udang kering yang telah dikisar. Panaskan sehingga cili cukup masak.
  • Masukkan sedikit belacan (ikut citarasa masing-masing).
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah sambal masak, ketepikan seketika.
  • Selepas itu, potong aluminium foil dan daun pisang ikut saiz yang bersesuaian dengan bahan yang ingin dimasukkan.
  • Letakkan daun pisang yang telah dipotong di dalam aluminium foil.
  • Kemudian masukkan ikan / udang / sotong / lala (ikut citarasa masing-masing) ke dalam aluminium foil tersebut (atas daun pisang).
  • Masukkan juga kacang botol / kacang bendi yang telah dipotong kecil dan dibersihkan ke dalam aluminium foil yang sama.
  • Siram sambal yang telah dimasak tadi ke atas bahan ini (ikan/sotong/udang dan kacang botol/bendi).
  • Bungkus bahan ini dalam aluminium foil dan panggang / grill selama 10-15 minit.

No comments:

Post a Comment

jangan baca saja,
tinggalla komen sebijik dua.
=.="

copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara