29 May 2011

Nur kaSih ~~

Assalamualaikum... =)

Perjalanan menuju abadi... Perjalannaku pergi alamanda sebab nak tengok Nur Kasih.. aku tau.. Blogger blogger semua amatlah exited nak tulis pasal Nur kasih ni right?? oke,, aku tak mau la cerite sinopsis cerite ni,, aku tau.. dah sah sah banyak gile sinopsis keluar kalau korang search kat google.. betui tak??

Cerite yang Best,, tapi bukan sangat best.. =) aku peminat setia waktu sedang rancak ditayangkan di TV3.. Antara 19 juta penonton tu,, aku lah salah seorang penontonnye.. heheh.. jadi... aku mengharapkan yang lagi best.. em.. Tapi.. dalam tak best tak best tu.. termengalir jugak air mate mahal aku! waaaaaa.. maluuuuuu =.=

Aku berani cakap yang penangan NKTM ni sangat kuat.. sehinggakan.. buat pertama kalinye aku dapat melihat mak cik makcik dan pakcik pakcik dalam lingkungan 40-50 an turun padang nak tengok NKTM.. cayalah khabir bhatia!! so?? bile lagi nak buat cerite lagi best dari NKTM..

Aku tak reti nak describe cerite ni camane.. lain orang lain pandangan kan... bagi aku ianya biase saje,, tapi.. bagi korang yang rase citer ni best,, superb,, mantop dan lain lain tu,, janganlah nak perhambat aku pulak nanti ok.. =)

Secara peribadinye,, aku lebih sukakan watak mamat!.. mungkin perjalanan menuju abadi itu ditujukan pade watak mamat.. tapi,, tunjang utama dalam citer ni kan aidil,, amina dan adam??? camano tu???  arghhhh!! aku bukan orang yang pandai dalam bab seni seni ni.. kihkihkih.. aku tahu cakap best dan tak best je..

oke,, kepade yang dah tengok nur kasih ni.. aku nak tanye korang.. sebab aku tak paham cerite ni... kepade yang SUDAH tengok ok... yang tak tengok lagi.. lancarkan mouse anda ke entry yang lain =)

1) pade awal cerite tu,, si nur pegang Baby.. anak siape??? nak kate anak die.. die baru je dapat call dari doktor yang die mengandung..

2) Waktu nur lukis gambar budak di jordan (hassan) tu.. Mase bile pulak dah si Nur jumpe budak tu sampai die boleh cam muke budak tu???

Banyak jugak persoalan yang aku tak paham...!!!!!! alahai nur!!!!!!!!!!!!!!!

22 May 2011

mandI bunga Oh maNdi bunga

Assalamualaikum...

di suatu petang yang hening.. kelihatan cuaca di luar agak mendung,, Pandanganku terarah pada sepasang burung yang kiut miut sedang memadu kasih.. Cet! dah kawin ke burung burung ni?? getus hati kecilku..
tiba tiba,, terdengar suare kecil menujah ke tangkai hatiku.. Camane burung nak kahwin?? oh,, iye tak iye jugak.. Bercakap soal kahwin.. teringat aku sewaktu perkahwinan abg sulungku beberape tahun lepas..

------------------------------------------> flashback!

Cuaca pada waktu itu agak basah.. Musim hujan..  Tetapi,, 3 hari sebelum perkahwinan abgku,, cuaca agak panas sedikit.. Teringat aku pesanan cikgu NikZulyani,, kalau panas panas canggini,, sedap mandi bunge! hehehe,, bukan niat nak kurafat atau ape ape pon,, tapi.. kite mandi sendiri sahaja.. haruman bunge sebenarnye mampu buat badan kite segar.. Cikgu bagi advice tu pon sewaktu kami stress dengan keje sekolah.. tapi.. tak terniat langsung aku nak buat waktu strees dulu.. tibe tibe keinginan nak mencube tu datang 3 Hari sebelum majlis di rumahku... hah! korang nak tahu ape yang jadi???


Aku menyuarakan hasrat murni tu pade kakak aku.. tapi die tak nak.. so,, aku ajaklah seorang adik sepupuku (zarina) untuk bersame same melakukan aktiviti ini.. kih kih kih.. yesz!! die setuju.. dengan penuh tak besalah,, aku pon memetik bunga bungaan di halaman rumah.. bunga mak aku jadi mangsa!

gambar hiasan.. rumah aku takde tab oke.. =)

Setelah berhempas pulas mengutip bunge,, aku pon bancuh la bunga bunga tersebut ke dalam baldi.. =) bunga yang dapat sikit je.. tapi.. aisey,, takpelah.. sesaje je pon kan... aku pastikan yang bunge tu memang dah sehalus mungkin!

aku pon mandi dengan girangnya.. lepas aku barulah Zarina pula mandi.. kah kah kah.. 
tibe tibe,, aku dapati.. toilet rumahku tersumbat.. OMG!!

Aku dah syak dah.. ni mesti angkara bunga yang taknak dengar cakap tu! gelabah jugak aku bile kenduri dah nak dekat.. tandas pulak buat hal.. disebabkan aku pulak tu.. aku,, zarina dgn kakak aku terdiam je bile abah aku bising bising pasal tandas.. erghhhhhh! takot nye nak mengaku!

Tah macam mane,, abah aku buat.. bunga yang tersumbat pon terlepas dari tempat tersekat nye.. hahahah.. *nasib baik* Nasib baik tandas dah oke sebelum majlis.. =)

-------------> begitulah flashback saye

Moral : Kalau dah buat salah tu mengaku jelah!!

anyway.. samapi sekarang mak and abah aku tak tahu pasal tragedi sumbat itu.. hanye aku,, zarina dan kakak aku je akan gelak berdekah dekah bile teringat kembali!!

Moral lagi : Jangan buat keje bodoh! hey.. madi bunge pon bodoh ke???




21 May 2011

Bila mana aku TersedaR =( sob sob sob



Assalamualaikum..


Tajuk entry sedih tak?? oloh oloh,, sedihnye... =(
Sekarang ni,, aku nak berkongsi duka.. Duka yang lara.. Duka yang bisa buat aku keciwa,, duka yang parah.. dan bermacam macam jenis duka lagi la.. lu ambik semua Duka yang lu jumpa pastu lu taruk semua duka tu kat belog gua.. amacam ganas tak gua??? kah kah kah.. =) ---------> Ketawa berdekah dekah di situ oke...


Duka aku kali ni adalah berkenaan dengan satu article (betul ke ejaan aku??,, kalo salah maap ye....)
Waktu kekosongan harus lah diisi dengan perkare berfaedah ye tak?? aku pon dengan rajin nye,, berjalan jalan lah di entry rakan rakan ku.. Tanpa disangka sangka,, aku terjumpa satu entry yang buat aku berDuka pada hari ini.. okeh,, aku tahu,, entry yang dibuat bukan lah menjurus kepade aku,, tetapi segelintir kaum wanita.. syabas bete!!


Aku nak jugak ambik beberape keping gambar wanita yang dilabelkan ini,, tapi.. malas la,, berukband sangat lah lembab,, ini masalah yang paling serius dikala aku terhegeh hegeh nak blog walking lelaju! Nak je aku sewe beruk yang lagi mahal.. Tapi,, tidak kemampuan lah pulak.. kan bagus kalau beruk hidup boleh disambungkan dekat lettop.. Nescaye Harga beruk meletop di pasaran.. Takpon,, kumpul semua beruk beruk terbiar,, pastu.. buatkan satu band.. so jadilah Berukband!! haha


Aku jugak seorang pempuan yang suke dengan gambar.. Aku memang minat giler dengan gambar yang lawa lawa dan cun cun.. So,, aku ni takdelah banyak duit nak upah model ke hape kan,,aku lah jadi model nye.. wah!! memang tak penah nak lawa dan cun lah gambar aku kan.. -----------> rendah diri.. =)


Aku memang tak sangka,, ada di kalangan blogger blogger yang tak suke bile orang bergambar buat muke macam macam.. contoh.. sambil tangkap gambar,, kembungkan mulut,, mate kenyit sebelah,, satu keping gambar pulak tu penuh muke sebijik!,, tak cukup tu,, kalau perempuan ni,, bile bergambar tak jauh daripade buat aksi peace letak kat pipi.. =)


Hey si pemilik belog! Aku salah seorang dari manusia yang kau caci itu.. =( *malunye aku*
hahah,, tapi,, tu dulu.. aku memang suke buat canggitu,, sehingakan suatu hari,, aku berjalan jalan di MUKABUKU,, aku terbuka satu laman sape tah.. Ya Allah.. buruknye perangai! Aksi aksi Bajek cute tu.. =( Kasihan pemiliknye,, aku pon terus pegi dekat profile aku and tutup semua pic aku.. hahah.. aku tak nak orang gelakkan aku pulak..




inikah yang dikatakan babyFace???

20 May 2011

kesengalan secara tiba tiba..























Assalamualaikum..


entry kali ni aku nak bawak readers semua untuk ketawe dengan pic pic yang aku tepek kat bawah.. =)



inikah yang dikatakan perkahwinan paksa??? hahaha 



Ibu Ahmad menghalau anak ayam yang masuk ke dalam rumah..



Lambatnye siap! ;(

i can't hear you.. Theere,s some DAMN NOISY people hear.. sape yang DAMN???



teringin!

tau takot!! meh la kalo brani!!

berusaha!!




portuguese grill =)



Assalamualaikum..


Entry kali ni khas untuk abah.. hahah,, bukan ape,, saje nak perkenalkan abah dengan masakkan terbaru... =) abah nak try...









Portuguese Grill (Ikan / Sotong / Udang)

Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat Portuguese Grill (Ikan / Sotong / Udang):-

Bahan-bahan:

  • 800 gram cili boh / cili kering yang dikisar
  • 20 ulas bawang merah kecil (dikisar / tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci lengkuas (dikisar / tumbuk)
  • Sedikit belacan (ikut citarasa masing-masing)
  • Minyak masak (utk menumis)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 400gram udang kering (dikisar)
  • Ikan / udang / sotong / lala (ikut citarasa masing-masing)
  • Kacang botol / kacang bendi (dipotong dan dibersihkan)
  • Daun pisang
  • Aluminium foil

Cara membuatnya:

  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili boh / cili kering yang telah dikisar.
  • Masukkan air dan udang kering yang telah dikisar. Panaskan sehingga cili cukup masak.
  • Masukkan sedikit belacan (ikut citarasa masing-masing).
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah sambal masak, ketepikan seketika.
  • Selepas itu, potong aluminium foil dan daun pisang ikut saiz yang bersesuaian dengan bahan yang ingin dimasukkan.
  • Letakkan daun pisang yang telah dipotong di dalam aluminium foil.
  • Kemudian masukkan ikan / udang / sotong / lala (ikut citarasa masing-masing) ke dalam aluminium foil tersebut (atas daun pisang).
  • Masukkan juga kacang botol / kacang bendi yang telah dipotong kecil dan dibersihkan ke dalam aluminium foil yang sama.
  • Siram sambal yang telah dimasak tadi ke atas bahan ini (ikan/sotong/udang dan kacang botol/bendi).
  • Bungkus bahan ini dalam aluminium foil dan panggang / grill selama 10-15 minit.

18 May 2011

Saiful dan Hidayah

Kisahnya mengenai 3 org, Saiful, Hidayah dan Muhammad. Saiful dan Hidayah sama-sama belajar di ******. Beberapa lama kemudian, Saiful jatuh hati pada keayuan Hidayah. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Saiful cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Hidayah sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Saiful berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Hidayah tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Hidayah kena pakai tudung labuh. Saiful pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Saiful ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Saiful dan Hidayah sedang bertadarrus. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka seraya bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Hidayah. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Saiful. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. 
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Saiful dan Hidayah pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s: Jelas lah disini bahawa tiada konsep couple dalam islam..
p/s/s: Sebagai peringatan untuk diri aku sendiri..
p/s/s/s: Sama2 lah kite saling ingat mengingati antara satu sama lain..Andai ada sahabat anda yang begitu taksub bercinta sehingga lupa halal dan haram, maka peringatkan lah mereka..Berusahalah dalam menegakkan amar ma'ruf.

Dan Ya Allah Peliharalah hati-hati kami dari terjerumus kelembah cinta nafsu..

paste from www,gadis1801.blogspot.com

bile berCakap Soal Pink Colour maaaa =)



Assalamualaikum...

bile bercakap tentang pink dalam hidup aku.. =)


korang tengok warne diatas.. uiooooo... merelip... aku bukan wanita yang berjiwe lelaki,, tetapi hakikatnye,, aku bukan wanita yang suke dengan warne pink.. aku akan elakkan sehabis yang mungkin! Bukan aku benci dengan warne ni,, tapi aku tak suke.. Warne ini sangat cerah,, dan ianye memang menyakitkan mate,, sepanjang hidup aku hanye beberape kali saje aku memegang bendalah berwarna pink.. boleh kire dengan jari kot.. 


kaum wanita khususnya,, tidak lari daripada warna pink kan,, oh.. itu sangatlah berbeda dengan aku.. tssskkk.. aku suka mengayakan tudung seperti wanita lain,, baju,, teddy bear..and banyak lagi,, tapi satu bende yang aku akn elakkan adelah pink colour!.. hahaha warna ini sangat menyilaukan mata..


pernah jugak mak aku belikan aku tudung warne pink.. alahai... aku tak tau knape.. mmg susah sungguh aku nak pakai tudung tu.. so,, memang aku tak pakailahkan.. sehinggakan suatu hari..

yan      :  Mak,, nak beli selendang mak
Mak      :  Dah banyak dah mak beli tudung kat awok,, bukan nak pakai pon,, asyik pakai yang same jugak.. ni nak selendang lah pulok.. bla bla bla bla bla.. -----------> biaselah seorang ibu yang dah mula bercakap..

oke,, disebabkan aku protes dengan itu aku memakai jugak tudung pink yang dibeli dengan harapan,, mak aku terbukak nak belikan aku selendang ----------------> sile jangan ikot perangai yang cuba protes dengan mak sendiri,, tak helok nok..

Dalam mase yang same,, Si abg kesayangan yang baru balik dari melancong ke mane tah.. aku lupe,, dengan baik hatinye membeli sebuah beg yang berwarne pink tersangat lah pink nye! sangat pekat.. jadi.. disebabkan protes kat mak ni tadi.. aku pakai la jugak tudung dengan beg pink ke kelas tambahan....

oh,, sangat mengejutkan aku,, ramai kengkawan aku yang memang dah tahu dengan jelasnye bahawa aku ni musuh ketat wane pink telah gelakkan aku bertubu tubi!! sampai aku masam mencuka tambah cencalok tau!

oke,, itu pengajaran bagi aku,, lenkali jangan nak mengade ngade tunjuk protes! hambek kau...


Selain tu,, aku ni merupakan angota yang setia dengan kadet puteri islam.. =) korang tahu kan,, yang puteri islam memang tak lari daripade pink! Oleh itu.. Setiap hari rabu jugaklah aku terpakse pekakkan telinge.. =)


aku pernah jugak terfikir.. dalam dunia ni,, aku sorang je ke yang tak suke warna pink??? sangkaan aku meleset bila aku mempunyai dua orang kawan yang sejiwe dengan aku! waha dan syahid.. Dan yang pastinye,, kami sekepale.. =) bukan satu badan tiga kepale oke.. sila faham ye ayat saye.. hahah
Tapi aku rase,, ketidak minatan aku terhadap wane pink itu tidaklah teruk dibandingkan dengan dua orang kawan aku ni.. Kalau tak silap aku,, mereka memang tak pernah langsung mengenakan apa saje diri mereka dgn warna pink.. aku penah jugak kan.. pakai tudung ngan beg pink! =)

oke,, tinggalkan kesah mereka berdua oke,, tapi,, tahun ini,, buat julung kalinye,, aku berniat nak pakai baju raye bewarne pink.. hahaha,, alal wanita ayu gitu..  kain pasang my mom dah beli... huh.. hasilnya??? tunggggguuuu.....

12 May 2011

asal dari kampung +___+ (2)

Assalamualaikum.. entry kali ni adelah sambungan dari entry yang lepas..


ape pulak main sambung sambung?? siap ade episod lagi blog kau yan,, cayalah!!

arghhhh!! sesiape yang terniat nak cakap camtu.. silalah.. silalah berhenti ok..
hal ini kerane-----------------> ayat skema di situ oke
saya bukan mengade nak banyakkan entry,, tapi,, memandangkan entry yang lepas amatlah tidak konsisten dengan tajuk langsung.. tajuk sudah terang lagi bersuluh,, tetapi,,, entry pulak,,  kene bersuluh baru lah nak terang.. owh,, oke,, aku melalut!! maaf ye..

Masih lagi dengan suasana kampug... actually,, aku sebenarnye dah pon terpacak kat KL ibarat bangunan pencakar langit .. tapi,, aku still nak cerite jugak tentang kampung aku,, nanti senang,, bile korang datang chini nanti pastu terserempak dengan aku,, takdelah korang tanye aku soklan pelik pelik,, kang aku buat cerite kang,, serius pulak korang percaye,, sian pulak kat korang yang dapat fakta salah,, aku pulak,, tak memasal dapat dose kering!

oke,, entry aku yang dulu,, ala,, yang first aku cerite pasal nage chini,, wane merah,, bawak kete sport tuuuuuuuu.. oke,, ingat?? ape??? tak ingat??? penumbuk nak?? tssskkk. =)

disebabkan entry aku tu,, ade lah 2 3 orang membe aku yang bace blog aku ni msg aku.. oh iye, hanye 2 3 org je bace blog aku ni.. em.. maklomlah,, blog ni biase biase aje... =.= --------------> ayat rendah diri di situ..

Antara kandungan mesej nye adelah persetujuan mereke dengan soalan soalan yang jenuh untuk mereke menjwabnye.. maknenye,, bukan aku sorang je rase geram dengan soalan tentang nage.. tetapi segenap due genap bergenap genap masyarakat kat chini ni pun geram... @##$$@**&*%--------> mencarut ganas!

hahaha,, oke,, dalam geram geram aku ni pon,, takdelah aku keciwe amat kan.. geram aku ialah geram yang berhemah! camane geram yang berhemah?? geram macam aku ni lah.. walaupun diasak dengan berbagai soalan,, tapi aku cool je,,, bajek cool pun ade kenkadang tu.. =)

dalam geram ade sukenye,, ala,, macam pepatah,,  dalam senyum ade tawe.. tssskkk=)
sekurang kurang nye,, bile mase bertemu orang baru,, soalan yang diorang kemuke tu sangat adventure.. best ape kau tau tak.. jumpe jumpe je terus tanye pasal nage.. korang ade tak??? tak de kan... =)

ok lah.. aku pun dah penat la menai naip ni.. jumpe lagi.. =)

salam..

10 May 2011

kisaH cinta yang Tidak kesampaian.. sob sob sob =(

assalamualaikum..


Hari ni genap 3 hari aku berpisah dengannye.. arggghhh!!












dah 3 jam aku tunggu.. tak hangus hangus jugak mamat ni!!


eirghhh.. tu la.. kan aku dah suruh kamu awas.. so,, bukan salah aku ko tersingkir kan.. teeeettt,,=)
nak ikutkan hati malas la nak update entry tragedi putus cintaku ini.. eceh.. tapi tibe tibe semalam,, blackbery aku yang wane merah berbunyi.. menandakan ade mesej.. *saje berangan untuk mempunyai blackbery* heheh.. 

"eh yan,, afif dah keluar dah!! tu lah ko.. minat kat die lagi.. dah tersingkir dah.."

oke,, bait bait ayat yang agak panas tu dihantar oleh cik cikin.. oh.. sunguh ku terharu.... hahaha.. afif ni macam dah kene badi je kan,, dulu aku minat si nazmi.. nazmi pun tak sempat akhir.. ni afif pulak.. nasib ko afif,,,! 

aku kecewe sangat!!


haha,,tengah aku duk google gambar si afif ni.. terserempak aku dengan banyak belog belog sakan minat dekat si afif ni.. amboi,,, peliks aku,, aku ngat aku sorang je pmpuan minat kat si botak ni.. uihhh,, ade ramai wooo.. oh.. sebelum luka dihatiku makin parah,, lebih baik aku mengundurkan diri.. ahh.. sejak hati dilambung ombak ni.. susah dah nak cari hati... hati aku dah lemas dalam ombak tadi.. ko ape kes yan??? 

pesanan dari cik cikin : dah.. lepas ni ko jangan nak minat sape sape dah kat af tu.. tak pasal pasal tekeluar pulak budak tu nanti... hahhaha

pesanan kepada anda ye cik cikin : entry kali ni jiwang tak kin??? heheh,, aku tengah belajar nak tulis jiwang ni.. mane boleh kalah!! hahah

btw,, pesanan dari cik cikin tadi tu macam tak boleh aku terime je sebab........

hazama in the academi.. =)

camano tu?????

kepade hazama.. awas kamu!!









09 May 2011

mak =)

Mak, i just wanted to let you know i care for you
mak, i wanted to tell you that 'i love you'
mak, i want to tell you i dont want to see you leave
but if you do, please remember me.

Mak, im happy because your happy
mak, im here for you because your here for me
mak, i wanna stop time so you wont get old
but if you do, please remember me.

Mak, today is your day
mak, live it to the fullest
mak, i hope you dont take it out of hand
but if you do, please remember me. 

Thanks mak for being there my whole life
Thanks mak for being there when I was feeling down
Thanks mak for giving me a peace of mind
Thanks mak for buying me things
Thanks mak for walking the miles and guiding me through the path
Thanks mak for your laughter
Thanks mak for being all that you could be
Thanks mak for your gratitude
Thanks mak for believing in me
Thank you mak
I'll always love you forever more




asal dari kampung +___+

assalamualaikum


huarghhh,, nyaman nye kat kampung.. burung burung berkicau.. udare segar.. kanak kanak bermain bahagia.. ergh!! stop!! tu ayat biase.. kalau cakap pasal kampung,, mesti tak lari daripade ayat ayat seperti di atas kan??? sape cakap aku menipu?? meh sini aku nak tampo! hahah... oh ya.. itu jugak ayat yang biase izyan gune.. meh sini izyan.. aku kiss sikit!! hahaha


alah,, Dah namenye kampung,, opkos la nyaman dik oi... kali ni aku nak story pasal kampung,, bukan nak cerite pasal keindahan pantai sbab kampung aku takde pantai,, bukan jugak nak cerite pasal sawah padi sebab kampung aku takde sawah padi.. yang ado cume kelape sawit (wit wit klape sawit ".").. okeh.. strt to da point je la,, lets go dear!! i would like to introduce to you oulllsss about my village!!


Untuk pengetahuan korang la kan,, manusia yang bernama izyan iaitu anak kepada mahmad sha'udi bin tahir ni amatlah jemu + penat bile mane si izyan yang rase die cun amat ni pergi ke tempat yang baru.. 
kenape??? kerana diajukan soalan yang panas ibarat aku ialah seorang diva!! ahhhh! diva?? stop izyan!! stop!!


soalan 1
orang : asal chini kan???
aku    : aah..
orang : Betul ke chini ade nage???


soalan 2
orang : budak chini kan?
aku     : Aah
orang  : Pernah tak terserempak dengan nage???


soalan 3
orang : knape tak ckp ko orang chini??
aku    : kenapenye??
orang : nak tanye,, Nage tu besar tak???


ok,, u ollss.. tau tak,, kalau lah dalam exam ade paper tajuk CHINI dan NAGA.. aku rase aku skarang kat oxford dah kot,, wah!! jauh kau pegi yan.. opkos la.. aku dah penat nak jawab soklan ni.. rate rate orang baru yang aku jumpe,, tak lekang soalan ni di bibir mereke,,  ayoyo!! ok,, secare terbuke lah kan.. aku jawab pertanyaan tu seme,, yes!! aku penah jumpe naga tasik chini,, bapok besornye,, wane merah.. nage tu siap pakai anting anting lagi!! ahhh! opkos nage betine kan,, aku jadi kawan baik die,, die siap bwk aku jalan jalan lagi naik kete sport,, tah mane die hambik pon aku tak tau.. tak sempat nak tanye,, sebab tibe tibe aku tebangun tido... hahah


itu mimpi aku waktu kecik kecik dulu.. waktu firsttime aku tahu yang tanah tumpah darahku ni tercatat dalam cerite dongeng.. dongeng ke?? itu aku tak tahu.. asal usul yang tak pasti.. nanti aku tanye abah aku.. abah aku tahu.. die tahu sokmo citer citer camni.. tak taula betul ke tak.. tapi. sebagai anak yang baik macam aku ni.. Ahakks!! =) aku terime je hikayat tu,, ahh,, name pon hikayat kan.. Pandangan orang tue perlu kite ambil kire.. oppss silap.. abah aku tak tua lagi ea.. sape cakap abah aku tue?? meh sini aku rendam dalam tasik!
pandangan orang lame.. means.. orang yang lebih dulu makan garam,, gula,, sayur sayuran,, nasi,, roti. dan lain lain.. =) tapi.. aku rase kfc aku yang makan dulu,, then,, baru ayah aku.. hahaha..


sekian.. 
credit to my beloved abah.. =)
opkos la.. my abah yang citerkan kat aku tentang tasik chini ni.. hahah,,  korang yang nak tanye pasal nage nage ni,, jangan plak beduyun duyun datang umah aku pulak,, aku lesing sorang sorang nanti... hahah,, takde lah.. lebih baik korang search internet,, belambak lambak nok.. takkan la korang sampai nak datang umah aku.. haish! pemes abah aku nanti... camne dgn aku?? nak pemes jugak!!! hahah




ini my beloved abah..
my bah tengah ckap  : nage tu.. besarrrrrrrr





copyright by izyan shaudi. hak cipta terpelihara